1 Segar!
Mulakan pagimu dengan segelas jus buah-buahan segar. Pastikan setiap hari berlainan perisa…. Nikmatkan…
2 Sayangi diri
Elakkan daripada berada di ruang perokok. Adalah lebih baik habiskan masa bersama kawan-kawan yang gemarkan aktiviti riadah.
3 Enaknya salad buah
Ciptakan salad buah-buahan yang kaya serat dan punyai antioksida yang tinggi. Misalnya anggur, blueberries dan banyak lagi. Campurkan dengan madu atau perahan lemon. Enaknya
4 Krim pelembap
Setiap kali keluar rumah, jangan lupa oleskan wajah kamu dengan krim tabir
suria, dan pelembap. Kulit kekal sihat dan lembap sentiasa.
5 Bersenam Jangan malas bersenam!
Jika tidak punyai masa yang cukup, berjalan kaki dan turun naik tangga di
pejabat juga merupakan salah satu senaman paling baik untukmu.
6 Elakkan Makan makanan yang sudah siap diproses.
Cuba makan lebih banyak makanan yang segar di dalam menu diet seharian kamu. Misalnya sayuran dan buah-buahan. Kamu akan terasa lebih yakin dan segar.
7 Spa
Manjakan diri di spa! Tubuh kamu akan terasa segar dan sihat….
8 Tanggalkan segala kotoran
Hilangkan sel kulit mati dengan skrub. Lakukan seminggu sekali…
9 Jemput teman-teman lepak di rumahmu
Hidangkan pelbagai jenis makanan sihat dan segar…. Satu kelainan kan…?
10 Omega 3
Makan lebih makanan yang mempunyai omega-3! Misalnya ikan salmon, danwalnut. Ia bukan sahaja menghalang sel kanser, bahkan menurunkan kadar obesiti dalam tubuh.
Petikan Dari REMAJA 01 Jun 2008